
​Jawatankuasa
Media, Publisiti, Pameran dan Percetakan dengan ini memaklumkan bahawa
Poster Rasmi Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki
Takhta akan diedarkan kepada orang ramai mulai Khamis, 28 Zulhijjah
1438 / 21 September 2017.
Orang ramai yang berhasrat untuk mendapatkan poster berkenaan bolehlah mendapatkan dari :
Jabatan
Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Lapangan Terbang Lama,
Berakas, BB3519, Negara Brunei Darussalam atau melalui talian telefon
+673 2383400;
Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Bangunan
Jabatan-Jabatan Kerajaan, Daerah Tutong, TA1314, Negara Brunei
Darussalam atau melalui talian telefon +673 4220 290;
Cawangan
Penerangan Daerah Belait, Pejabat Penerangan Seria, Jalan Bolkiah,
Seria, KB4333, Daerah Belait, Negara Brunei Darusslam atau melalui talian telefon +673 3224636; dan
Cawangan
Penerangan Daerah Temburong, Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Daerah
Temburong, Bangar, Negara Brunei Darussalam atau melalui talian telefon
+673 52210342.
Poster Rasmi berkenaan juga boleh dimuat turun di laman web ini di bahagian 'Penerbitan'.