Mengenai Brunei Darussalam


Negara Brunei Darussalam terletak di barat laut pesisir Pulau Borneo. Menurut catatan sejarah, Kerajaan Brunei mula dibangunkan lebih daripada 1,500 tahun yang lalu, iaitu sebelum kedatangan Islam. Kewujudannya dipercayai sebagai sebuah wilayah yang membayar ufti kepada Empayar Majapahit di Kepulauan Jawa. Selepas kejatuhan Empayar Majapahit, raja Brunei mengambil alih sendiri tanggungjawab memerintah negeri.

Dalam catatan sejarah China Kuno, Brunei dikenali sebagai Puni atau Poli, dan hubungan dengan Empayar China tercatat dalam tahun 518, 523,616, 977, 1279 dan 1369-1643 AD.

Sejarah Empayar China juga menunjukkan bahawa pengaruh Islam bermula di Brunei seawal tahun 977 AD, dan penggunaan tulisan jawi, Hitherto, Sanskrit bermula sebelum tahun 1370. Menurut catatan tersebut, Sultan Brunei yang bernama Awang Alak Betatar telah memeluk agama Islam pada tahun 1371 apabila berkahwin dengan puteri dari negara jiran. Orang China yang datang ke Brunei dalam tahun 1370 menyatakan bahawa Brunei diperintah oleh raja yang beragama Islam yang dikenali sebagai Ma-ha-mo-sha atau Sultan Muhammad Shah. Sultan Muhammad Shah ialah nama Islam bagi Awang Alak Betatar. Sebagai sebuah negeri yang ditadbir oleh  kerajaan Islam, maka pemerintahnya dipanggil sultan.

Ibu negeri Negara Brunei Darussalam ialah Bandar Seri Begawan yang mempunyai keluasan 100.36 km persegi. Jumlah penduduk Negara Brunei Darussalam ialah 406,200 orang (2009) dengan 57 peratus berumur dari 20 hingga 54 tahun. Majoriti penduduk adalah bangsa Melayu dengan anggaran 269,400 orang, diikuti oleh bangsa Cina dengan keramaian 44,600 orang, dan 92,200 orang terdiri daripada puak minor yang lain.

Setiap daerah mempunyai beberapa buah mukim (setiap mukim terdiri daripada beberapa buah kampung) yang di bawah pentadbiran Pejabat Daerah yang dikepalai oleh Pegawai Daerah. Keluasan Negara Brunei Darussalam ialah 5,765 km persegi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Negara Brunei Darussalam, sila klik di .