02/10/2017 - Gerai Jualan Jubli Emas, 3 - 31 Oktober




Dalam memeriahkan lagi perayaan sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta dimaklumkan bahawa Gerai Jualan akan diadakan di kawasan letak kereta Jalan Bendahara berhadapanan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja yang akan diadakan selama 29 hari bermula 3 hingga 31 Oktober 2017.

Menerusi Siaran Akbar Jabatan Bandaran BSB, waktu gerai jualan bermula jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Sementara gerai jualan Exhibition Booth bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Beberapa khemah disediakan, antaranya khemah berhawa dingin dan terbuka bagi menyediakan petak-petak jualan. Terdapat beberapa kategori gerai jualan disediakan di gerai jualan berkenaan, iaitu Gerai Jualan (Exhibition Booth); Gerai Jualan Runcit; Gerai Jualan Makanan 'Take Away'; Gerai Buah-buahan; Gerai Makan Minum dan Gerai Salai-salaian.

Di samping itu, juga disediakan sebuah surau (lelaki dan perempuan) untuk kegunaan pengunjung, peniaga dan orang ramai untuk beribadah; bilik urusetia gerai jualan dan agensi-agensi keselamatan yang berkenaan.

Dalam kesempatan ini, orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung ke Gerai Jualan dan diingatkan agar dapat sama-sama bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan di kawasan tersebut.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto Radio Television Brunei
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments