02/10/2017 - Jalan-jalan di Bandar Seri Begawan akan dibuka seperti sediakala pada 5 Oktober 2017





Perarakan Mengelilingi Bandar Seri Begawan



Peserta (Zoning)





Zoning Persembahan Kebudayaan (ZonKuning)





Zoning Kelengkapan & Kemudahan



Sukacita dimaklumkan bahawa semua jalan-jalan di Bandar Seri Begawan akan dibuka seperti sediakala semasa Istiadat Perarakan Mengelilingi Bandar Seri Begawan sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta pada 5 Oktober 2017.

Jalan yang akan dikawalselia hanyalah jalan-jalan yang akan dipakai untuk laluan perarakan sahaja iaitu Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Jalan Sultan Omar Ali Saifuddien, Jalan McArthur, Jalan Masjid Omar Ali Saifuddien dan Jalan Stoney.

Orang ramai bolehlah meletakkan kenderaan di:

1. Letak kereta bertingkat di Bandar Seri Begawan
2. Kawasan letak kereta berhadapan dan di belakang Belakang Lapau di Jalan Kianggeh
3. Letak kereta di Dermaga Diraja
4. Letak kereta Mahkamah Syariah
5. Letak kereta sebelah Radio Televisyen Brunei (RTB)
6. Letak kereta Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Cawangan Bandar Seri Begawan
7. Letak kereta sebelah TAIB
8. Letak kereta Tamu Kianggeh
9. Kawasan lapang dan letak kereta di Pusat Kesenian
10. Letak kereta di Kompleks Yayasan
11. Kawasan Sekolah Chung Hwa
12. Taman Jubli
13. Kawasan Maktab SOAS
14. Kawasan Jalan Kianggeh dan Jalan Residency
15. Kawasan jalan-jalan berikut juga boleh digunakan untuk meletak kereta iaitu:
a. Jalan Elizabeth Dua
b. Jalan Pemancha
c. Jalan Roberts
d. Jalan Cator
e. Jalan McArthur

Bas-bas awam akan beroperasi seperti sediakala. Orang ramai adalah juga digalakkan untuk datang lebih awal dan berkongsi kenderaan.


Manage PermissionsManage Permissions
Attachments