Projek Jambatan Sungai Kebun yang telah siap pembinaannya, akan dirasmikan pada 14 Oktober ini nanti.
Perasmian berkenaan mengambil sukut baik bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien
Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam Menaiki Takhta yang sedang rancak dijalankan persediaannya
beberapa hari kebelakangan ini.
Bagi
memastikan upacara sambutan itu berjalan dengan lancar dan sempurna,
raptai telah diadakan di hadapan Tarindak D'Seni di ibu negara malam
tadi.
Berangkat dan hadir
pada raptai tersebut ialah Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa
Tertinggi Sambutan Jubli Emas, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang
Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji
Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar; Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato
Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Mufti Kerajaan,
Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.)
Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; dan Setiausaha Sulit dan Laila
Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohd. Nawawi bin Pehin Orang Kaya
Shahbandar Haji Awang Mohd. Taha.
Sehubungan
itu, orang ramai adalah dialu-alukan hadir bagi sama-sama memeriahkan
majlis tersebut di samping mematuhi peraturan jalan raya pada hari
tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto