28/09/2017 - Kelonggaran waktu bekerja di Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan pada 4 Oktober 2017




Bersempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan kelonggaran waktu bekerja di Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan pada 4 Oktober 2017.

Waktu bekerja dipendekkan mulai 7.45 pagi hingga 12.00 tengahari kecuali bagi pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang diperlukan untuk bertugas oleh Ketua Jabatan masing-masing pada hari berkenaan.

Kelonggaran yang sama juga diberikan kepada waktu persekolahan yang mana waktu bersekolah dipendekkan mulai 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari kecuali bagi pelajar-pelajar yang sedang menduduki peperiksaan dan bagi pegawai-pegawai dan kakitangan yang diperlukan untuk bertugas oleh Ketua Jabatan masing-masing.
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments