28/09/2017 - Pemenang Syarahan MIB terima hadiah




Dayang Siti Nurul Afiah binti Haji Zaidin muncul johan Kategori 'A' : Institusi Pengajian Tinggi (17 hingga 25 tahun) Peraduan Syarahan Melayu Islam Beraja (MIB) Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam 50 Tahun Menaiki Takhta (Peringkat Negara) Tahun 1439 Hijrah / 2017 Masihi.

Naib johan, Awang Muhammad Iqbaal Syakib bin Haji Suhib dan tempat ketiga, Awang Mazfazillah bin Maikal.

Manakala johan bagi Kategori 'B' : IBTE / Sekolah Menengah (12 hingga 20 tahun) disandang oleh Awang Muhammad Firdaus bin Sait, naib johan diraih oleh Awang Mohammad Najihuddin bin Nooralizam dan Dayang Halimatus Rabeatul binti Huzaimi di tempat ketiga.

Sementara itu, gelaran johan bagi Kategori 'C' : Orang Awam (25 tahun ke atas) pula dirangkul oleh Dayang Norfadizlina binti Haji Abdul Rahman; naib johan, Awang Haji Muhammad Naqib bin Haji Awang; dan tempat ketiga, Dayang Siti Al-Asmah binti Haji Rosli.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi pada majlis yang berlangsung di Dewan Auditorium 1, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok Gadong, di sini.

Johan Kategori 'A' menerima hadiah wang tunai BND800 berserta piala, naib johan menerima wang tunai BND600 berserta piala dan di tempat ketiga menerima wang tunai BND400 dan piala.

Bagi Kategori 'B' dan Kategori 'C' johan setiap kategori menerima hadiah wang tunai BND600 berserta piala, naib johan menerima wang tunai BND400 berserta piala dan tempat ketiga bagi kedua kategori ini masing-masing menerima hadiah wang tunai BND200 dan piala.

Turut hadir, Setiausaha Tetap  Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pembarigaan MIB Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta; Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) KHEU.

Antara jemputan-jemputan khas yang hadir, Pemangku Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan; Pengarah Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam; Pengarah Kurikulum, Kementerian Pendidikan dan Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB, selaku penaja.

Turut hadir, Pengarah-Pengarah dan Pegawai-Pegawai Kanan KHEU, Pengetua-Pengetua Sekolah, pegawai serta kakitangan Pusat Da'wah Islamiah dan penuntut- penuntut sekolah.

Dayang Norfadizlina johan bagi Kategori 'C' : Orang Awam (25 tahun ke atas), Dayang Norfadizlina binti Haji Abdul Rahman semasa di temu bual menjelaskan, beliau berasa gembira dan bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana menjadi johan peraduan tersebut.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments