28/09/2017 - Penutupan sebahagian kawasan Perairan Sungai Brunei




Jawatankuasa Kerja Perasmian Jambatan Sungai Kebun, Perarakan Kapal-Kapal Dan Perahu-Perahu Berhias Dan Pertunjukan Bunga Api Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta sukacita memaklumkan kepada pelaut-pelaut khasnya nelayan-nelayan, pemilik-pemilik perahu tambang serta pengguna-pengguna kawasan perairan Sungai Brunei bahawa sebahagian kawasan berkenaan akan ditutup pada hari Jumaat, 29 September 2017 mulai jam 7.30 malam hingga 11.00 malam.

Penutupan sebahagian kawasan perairan Sungai Brunei adalah bertujuan bagi memberi laluan kepada sesi raptai penuh perarakan kapal-kapal dan perahu-perahu berhias semasa raptai yang akan mengambil tempat daripada Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan hingga Jambatan Sungai Kebun.

Oleh yang demikian, para pelaut adalah diingatkan untuk sentiasa berwaspada serta berjaga-jaga dan dinasihatkan untuk tidak menghampiri kawasan raptai tersebut dan mematuhi arahan daripada pihak agensi keselamatan di air yang bertugas demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Dikeluarkan oleh:
JAWATANKUASA KERJA BAGI PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, PERARAKAN KAPAL-KAPAL DAN PERAHU-PERAHU BERHIAS DAN PERTUNJUKAN BUNGA API SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI- PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENAIKI TAKHTA
Bandar Seri Begawan
Negara Brunei Darussalam

06 Muharram 1439H
28 September 2017M
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments