21/09/2017 - Permohonan gerai jualan kini dibukakan




Jawatankuasa Kerja Acara Persembahan Perayaan dan Gerai Jualan Daerah Brunei dan Muara sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, melalui Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (BSB) kini membukakan permohonan bagi gerai jualan di Kawasan Letak Kereta Jalan Bendahara berhadapan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja yang akan diadakan bermula pada 3 Oktober 2017 hingga 24 Oktober 2017.

Permohonan tersebut hanya dibukakan khusus kepada Warganegara dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam dan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun.

Jenis Petak Jualan adalah seperti berikut; gerai makan minum, gerai salai, gerai jualan runcit, gerai buah-buahan dan gerai jualan ‘take-away’.

Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk menyertai satu kategori sahaja.

Borang bolehlah didapati di Kaunter Tingkat 3, Bahagian Kewangan, Jabatan Bandaran BSB, Jalan Perdana Menteri.

Borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam peti undi berkunci mengikut jenis gerai jualan yang dipohonkan tidak lewat jam 3 petang pada 28 September, bertempat di Tingkat 2, Unit Pengurusan Aset, Bangunan Jabatan Bandaran, BSB.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi Unit Pengurusan Aset melalui talian 2232424 sambungan 131.


Sumber berita Pelita Brunei
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments