Jawatankuasa Kerja Perasmian Jambatan Sungai Kebun, Perarakan Kapal-Kapal dan Perahu-Perahu Berhias dan Pertunjukan Bunga Api sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, sukacita memaklumkan kepada pelaut-pelaut khasnya nelayan-nelayan, pemilik-pemilik perahu tambang serta pengguna-pengguna kawasan perairan Sungai Brunei bahawa sebahagian kawasan berkenaan akan ditutup pada hari Isnin, 25 September 2017 mulai jam 7:00 malam hingga 11:00 malam.
Penutupan sebahagian kawasan perairan Sungai Brunei tersebut adalah bertujuan bagi memberi laluan kepada sesi raptai perarakan kapal-kapal dan perahu-perahu berhias yang akan mengambil tempat daripada
Kampong Tamoi hingga Kampong Setia.
Oleh yang demikian, para pelaut adalah diingatkan untuk sentiasa berwaspada serta berjaga-jaga dan dinasihatkan untuk tidak menghampiri kawasan raptai tersebut dengan mematuhi arahan daripada pihak agensi keselamatan di air yang bertugas.
Dikeluarkan oleh:
JAWATANKUASA KERJA BAGI PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, PERARAKAN KAPAL-KAPAL DAN PERAHU-PERAHU BERHIAS DAN PERTUNJUKAN BUNGA API SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENAIKI TAKHTA
Bandar Seri Begawan
Negara Brunei Darussalam
02 Muharram 1439H
23 September 2017M