23/09/2017 - Raptai Penuh Istiadat Perarakan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta






Raptai Penuh Istiadat Perarakan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta akan dijalankan pada hari Ahad, 03 Muharram 1439 bersamaan 24 September 2017 jam 10 pagi.

Sehubungan dengan itu, beberapa batang jalan akan ditutup bagi penyelarasan dan kelancaran sesi raptai yang dirancang sehingga selesai acara raptai tersebut dijalankan.

PENUTUPAN DAN PENAPISAN

Berikut adalah beberapa jalan-jalan yang akan ditutup bagi lencongan dan seterusnya dikawal selia pada hari Ahad, 24 September 2017 bermula jam 6 pagi:

1.    Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha kawasan U-Turn Taman Rekreasi Persiaran Damuan.
2.    Jalan Pengiran Babu Raja simpang Jalan Permaisuara.
3.    Sepanjang Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha simpang-simpang rumah kediaman.
4.    Jalan Chempaka.
5.    Lampu Isyarat Jalan Kubah Makam Diraja dihalakan masuk ke Jalan Pehin Laksamana Abdul Razak
6.    Jalan Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah dihalakan naik ke Jalan Putera Al-Muhtadee Billah.
7.    Lampu Isyarat Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha simpang turun dari Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah (dekat mahkamah).
8.    Lampu Isyarat Jalan Haji Basir simpang Jalan Kumbang Pasang.
9.    Jalan Dato Taib simpang Jalan Padang.
10.    Lampu Isyarat Jalan Tasek simpang Jalan Stoney.
11.    Jalan Bendahara simpang kawasan letak kereta Jalan Bendahara.
12.    Jalan Elizabeth II simpang letak kereta bangunan TAIB.
13.    Jalan Pemancha simpang Jalan Lorong Bebatik.
14.    Jalan Cator simpang Jalan lorong Jintan Manis.
15.    Lampu Isyarat Jalan Kianggeh simpang Jalan Mc Arthur.
16.    Lampu Isyarat Jalan Mc Arthur simpang Jalan Pretty.
17.    Lampu Isyarat Jalan Masjid Omar Ali Saifuddien simpang Jalan Elizabeth II.
18.    Jalan Stoney simpang Jalan Sumbiling.

Penutupan Jalan dibuat adalah bagi tujuan pengosongan Jalan di kawasan-kawasan yang disebutkan di atas bagi kelancaran Raptai Istiadat Perarakan yang akan dijalankan.

Manakala jalan-jalan yang akan dikawal selia oleh anggota Polis Trafik adalah seperti berikut:

1.    Sepanjang Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).
2.    Sepanjang Jalan Sultan Omar Ali Saifuddien ( SOAS ).
3.    Sepanjang Jalan Mc Arthur.
4.    Sepanjang Jalan Masjid Omar Ali Saifuddien.
5.    Sepanjang Jalan Stoney.

Beberapa kawasan juga telah dikenalpasti bagi pengosongan kenderaan dan tegahan untuk meletak kenderaan bagi memberi laluan dan kelancaran Raptai Istiadat Perarakan Sambutan Jubli Emas. Pengosongan kenderaan dan tegahan untuk meletak kenderaan bermula pada hari Sabtu, 02 Muharram 1439 bersamaan 23 September 2017 pada jam 12:00 Tengahari:

1.    Sepanjang Jalan Masjid Omar Ali Saifuddien kiri dan kanan untuk kedua-kedua hala.
2.    Sepanjang Jalan Mc Arthur kiri dan kanan untuk  kedua-dua hala.
3.    Sepanjang Jalan Kianggeh kiri dan kanan untuk kedua-dua
4.    Sepanjang Jalan Elizabeth II belakang pentas Diraja.
5.    Sepanjang Jalan Pretty.

Sebagai Rumusan

- Sehubungan dengan itu, pihak Pasukan Polis Diraja Brunei khususnya Jabatan Siasatan dan Kawalan lalulintas memohon kerjasama daripada orang ramai dan kepada pengguna-pengguna Lalulintas khususnya agar dapat memberikan kerjasama dan sama-sama bertolak ansur bagi kesejahteraan semua pihak.

Memberi kerjasama dan mengikut arahan Polis Trafik yang bertugas.

- Pihak Pasukan Polis Diraja Brunei juga memohon kerjasama kepada pengguna-pengguna lalulintas agar TIDAK meletakkan kenderaan di kawasan-kawasan atau Jalan-Jalan yang telah dikenalpasti dinyatakan di atas. Andai sekiranya didapati kenderaan-kenderaan ada diletakkan di kawasan-kawasan yang ditegah, pihak Pasukan Polis Diraja Brunei akan mengambil tindakan untuk menarik kenderaan tersebut bagi tujuan pemindahan dan memastikan kelancaran acara.

- Untuk makluman semua, Pasukan Polis Diraja Brunei sekali lagi ingin memaklumkan dan mengingati kepada orang ramai yang mana penutupan jalan pada 24 September 2017 bagi Raptai adalah akan bermula jam 6 pagi.

Disediakan Oleh:
Urusetia
Jawatankuasa Sektoral Perarakan Jubli Emas
21 September 2017
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments