19/09/2017 - Pengisytiharan Kawasan Ruang Udara Terhad, 5 - 7 Oktober




Jabatan Penerbangan Awam memaklumkan kepada orang ramai bahawa sebagai langkah-langkah tambahan keselamatan semasa Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, ruang udara di keseluruhan Daerah Brunei dan Muara adalah diisytiharkan sebagai Kawasan Ruang Udara Terhad bermula 5 hingga 7 Oktober 2017.

Perkara itu diumumkan oleh Pemangku Pengarah Penerbangan Awam, Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof semasa Sidang Media mengenainya bertempat di Bilik Mesyuarat Asyuura 2, Bangunan Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, di sini.

Dengan pengisyitaran tersebut, hanya pesawat-pesawat yang dibenarkan sahaja termasuk dron (pesawat udara kawalan jauh) jelasnya boleh beroperasi di ruang udara berkenaan.

Justeru itu, kegagalan mematuhi peraturan itu tegasnya adalah menyalahi undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah Seksyen 51 Perintah Penerbangan Awam 2006.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dalam perkara tersebut bolehlah berhubung terus dengan Ketua Bahagian Regulatori, JPA melalui talian +673 2331065 atau +673 2330142 sambungan 1110, e-mel : 'info.dca@civil-aviation.gov.bn'.

Dalam pada itu, JPA juga merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan mematuhi pengisytiharan tersebut.



Manage PermissionsManage Permissions
Attachments