12/09/2017 - Penutupan Jalan Sultan Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan Bagi Kerja-Kerja Pemasangan Grandstand Muhibbah Bagi Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta

Jawatankuasa
Sektoral Perarakan Jubli Emas sukacita memaklumkan bahawa sebahagian
Jalan Sultan Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan akan mula ditutup
pada hari Rabu, 21 Zulhijjah 1438 bersamaan 13 September 2017 jam 7.00
pagi sehingga hari Jumaat, 15 Muharram 1439 bersamaan 06 Oktober 2017.
Penutupan ini adalah untuk memberi ruang kepada kerja-kerja pemasangan
Grandstand Muhibbah bagi Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam Menaiki Takhta.
Bahagian jalan yang akan ditutup ialah hala daripada pusing keliling
kecil (round about) Jalan McArthur bermula dari hadapan Bangunan Teck
Guan Plaza sehinggalah ke Traffic Light simpang empat Jalan Pemancha
hadapan bangunan Maya Puri.
Orang ramai dan pengguna-pengguna jalanraya adalah dinasihatkan untuk:
- Mematuhi papan-papan tanda dan membuat perancangan laluan terlebih dahulu jika hendak menghala ke kawasan tersebut;
- Mengosongkan kenderaan dari tempat-tempat tersebut; dan
- TIDAK meletakkan kenderaan di kawasan-kawasan atau Jalan yang telah dikenalpasti
dinyatakan di atas sebelum tarikh dan masa bermula penutupan jalan agar
kerja-kerja pemasangan Grandstand Muhibbah akan berjalan dengan lancar.
Disediakan Oleh:
Urusetia
Jawatankuasa Sektoral Perarakan Jubli Emas
20 Zulhijjah 1438 bersamaan 12 September 2017