Sempena dengan 'Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta', Jabatan Penerangan, Jabatan
Perdana Menteri mempelawa para belia yang berminat untuk menjadi
sukarelawan bagi Ahli Jawatankuasa Kerja Media & Publisiti (Pusat
Media, Media Cetak & Baharu) di bawah Jabatan Penerangan, mulai 02
Oktober 2017 hingga 07 Oktober 2017.
Tugasan yang akan diberikan:
- Membantu kerja-kerja di Pusat Media
- Membantu pengawalan media
- Lain-lain tugas yang berkaitan dengan kerja media dan publisiti
Tarikh tutup pendaftaran: Khamis, 14 September 2017, jam 3:00 petang.
Jika berminat, sila hubungi Mufidah - 8614879 / Aqilah - 8613403.
Sumber berita Jabatan Penerangan