05/09/2017 -




Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkenan berangkat ke Mesyuarat Kelima Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta yang berlangsung di Bangunan JPM, Jalan Perdana Menteri.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, selaku Penaung Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas, dijunjung oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, selaku Ahli Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas.

Turut menjunjung keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota ialah Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohammad Nawawi bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd. Taha.

Mesyuarat didahului dengan Doa Selamat yang dibacakan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas, Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal yang diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara.

Pada mensyuarat tersebut, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota telah berkenan mengurniakan sabda.

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi kali ini juga telah membincangkan mengenai persediaan-persediaan akhir atur cara-atur cara termasuk perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat yang lalu.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments