08/08/2017 - Latihan Keselamatan Bersama sempena Sambutan Jubli Emas




Jawatankuasa Keselamatan Negara melalui Jawatankuasa Keselamatan (Sekuriti) Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta akan mengendalikan Latihan Keselamatan Bersama pada 6 September 2017 bermula jam 10.00 malam.

Latihan tersebut akan melibatkan penutupan beberapa batang jalan raya di sekitar Bandar Seri Begawan.

Jalan-jalan yang terlibat adalah Simpang Lampu Isyarat Jalan Haji Basir dan Jalan Kumbang Pasang; Simpang Lampu Isyarat Jalan Sultan Omar 'Ali Saifuddien dan Jalan Haji Basir; Simpang Lampu Isyarat Jalan Sultan Omar 'Ali Saifuddien dan Jalan Stoney; Simpang Lampu Isyarat Jalan Kianggeh dan Jalan Bendahara; Simpang Jalan Elizabeth II dan letak kereta Bangunan TAIB; Simpang Jalan Elizabeth II dan Jalan Pretty; Simpang Jalan Pemancha dan Jalan Lorong Bebatik; Simpang Jalan Pemancha dan Jalan Robert; Simpang Jalan Cator dan Jalan Lorong Jintan Manis; Simpang Lampu Isyarat Jalan Kianggeh dan Jalan McArthur dan Simpang Lampu Isyarat Jalan McArthur dan Jalan Pretty.

Sehubungan itu, orang ramai juga adalah diingatkan untuk tidak meletakkan kenderaan-kenderaan di sepanjang Jalan McArthur bagi memastikan kelancaran kepada latihan tersebut.

Pihak Pasukan Polis Diraja Brunei khususnya Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas memohon kerjasama orang ramai dan pengguna-pengguna jalan raya agar dapat memberi kerjasama dan mematuhi sebarang arahan anggota keselamatan yang bertugas.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kawalan Negara, Pasukan Polis Diraja Brunei di talian +673 2459500 sambungan 444.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments