08/08/2017 - Penutupan jalan raptai Sambutan Jubli Emas




Raptai Istiadat Perarakan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta akan dijalankan pada malam Ahad, 12 Zulhijjah 1438 Hijrah bersamaan 3 September 2017 Masihi, jam 10.00 malam.

Menurut Siaran Akhbar Urusetia Jawatankuasa Sektoral Perarakan Jubli Emas, sehubungan itu, beberapa batang jalan akan ditutup, tertakluk pada keadaan lalu lintas pada masa itu, bagi laluan kenderaan awam bagi penyelarasan dan kelancaran sesi raptai yang dirancang sehingga selesai acara raptai tersebut dijalankan.

Jalan-jalan yang akan ditutup bagi lencongan dan seterusnya dikawal selia pada Ahad, 3 September 2017 bermula jam 8.00 malam ialah Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha kawasan U-Turn Taman Rekreasi Persiaran Damuan, Jalan Pengiran Babu Raja simpang Jalan Permaisuara, Sepanjang Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha simpang-simpang rumah kediaman, Jalan Chempaka, Lampu Isyarat Jalan Kubah Makam Diraja dihalakan masuk ke Jalan Pehin Laksama Abdul Razak, Jalan Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah dihalakan naik ke Jalan Putera Al-Muhtadee Billah, Lampu Isyarat Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha simpang turun dari Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah (dekat mahkamah), Lampu Isyarat Jalan Haji Basir simpang Jalan Kumbang Pasang, Jalan Dato Taib simpang Jalan Padang, Lampu Isyarat Jalan Tasek simpang Jalan Stoney, Jalan Bendahara simpang kawasan letak kereta Jalan Bendahara, Jalan Elizabeth II simpang letak kereta bangunan Taib, Jalan Pemancha simpang Jalan Lorong Bebatik, Jalan Cator simpang Jalan Lorong Jintan Manis, Lampu Isyarat Jalan Kianggeh simpang Jalan Mc Arthur, Lampu Isyarat Jalan Mc Arthur simpang Jalan Pretty, Lampu Isyarat Jalan Masjid SOAS simpang Jalan Elizabeth II dan Jalan Stoney simpang Jalan Sumbiling.

Penutupan jalan dibuat adalah bagi tujuan pengosongan Jalan di kawasan-kawasan yang disebutkan di atas bagi kelancaran Raptai Istiadat Perarakan yang akan dijalankan.

Manakala jalan-jalan yang akan dikawal selia oleh anggota Polis Trafik adalah di sepanjang Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), sepanjang Jalan Sultan Omar 'Ali Saifuddien (SOAS), sepanjang Jalan Mc Arthur, sepanjang Jalan Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien (SOAS) dan sepanjang Jalan Stoney.

Beberapa kawasan juga telah dikenal pasti bagi pengosongan kenderaan dan tegahan untuk meletak kenderaan bagi memberi laluan serta kelancaran Raptai Istiadat Perarakan Sambutan Jubli Emas.

Pengosongan kenderaan dan tegahan untuk meletak kenderaan bermula jam 5.30 petang adalah di sepanjang Jalan Masjid SOAS kiri serta kanan untuk kedua-kedua hala, sepanjang Jalan Mc Arthur kiri dan kanan untuk kedua-dua hala, sepanjang Jalan Kianggeh kiri juga kanan untuk kedua-dua hala, sepanjang Jalan Elizabeth II belakang pentas diraja dan sepanjang Jalan Pretty.

Sehubungan itu, pihak Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) khususnya Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas memohon kerjasama daripada orang ramai dan kepada pengguna-pengguna lalu lintas khususnya agar dapat memberikan kerjasama dan sama-sama bertolak ansur bagi kesejahteraan semua pihak, memberi kerjasama serta mengikut arahan Polis Trafik yang bertugas.

Pihak PDB juga memohon kerjasama kepada pengguna-pengguna lalu lintas agar tidak meletakkan kenderaan di kawasan-kawasan atau jalan-jalan yang telah dikenal pasti dinyatakan di atas.

Andai sekiranya didapati kenderaan-kenderaan ada diletakkan di kawasan-kawasan yang ditegah, pihak PDB akan mengambil tindakan untuk menarik kenderaan tersebut bagi tujuan pemindahan dan memastikan kelancaran acara.

Untuk makluman semua, PDB sekali lagi ingin memaklumkan dan mengingati kepada orang ramai yang mana penutupan jalan pada 3 September 2017 bagi raptai adalah akan bermula jam 8.00 malam.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments