22/08/2017 - 8 peserta akhir Sayembara Menambang Syair sempena Sambutan Jubli Emas bakal berentap




Lapan peserta akan berentap di peringkat akhir Sayembara Menambang Syair anjuran Radio Televisyen Brunei (RTB) sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

Pada peringkat saringan, para peserta dikehendaki untuk menyampaikan syair karya Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien seperti Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Syair Asli Rajang Hari, Syair Nasihat, Syair Kenangan dan Rampaian Laila Syair dengan irama lagu syair warisan Brunei seperti Irama Tambang Begawan, Irama Tambang Beranyut, Irama Si Mercu Gunung, Irama Berunggai Lanjar dan Irama Siti Zubaidah (versi Brunei).

Peraduan tersebut antara lain bertujuan untuk mengajak generasi muda dalam menghargai, memelihara dan mempertahankan keluhuran jati diri, kesenian serta kebudayaan masyarakat Melayu Brunei yang berteraskan falsafah Melayu Islam Beraja.

Di samping itu, ia turut menyerlahkan kepada umum akan peranan syair dalam pembangunan negara terutama dalam pembentukan sahsiah insan dan warga bangsa dengan nilai-nilai akhlak yang mulia.

Pertandingan akhir akan diadakan pada 17 September 2017 di Dewan Raya RTB pada jam 8 malam secara langsung melalui saluran televisyen RTB Aneka dan juga di Rangkaian Nasional dan Harmoni FM Radio Brunei.




Manage PermissionsManage Permissions
Attachments