Bandar Seri Begawan, Rabu, 23hb Ogos 2017
Sempena Latihan Perarakan Sambutan Jubli
Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, penutupan dan
pengawal seliaan beberapa jalan di sekitar Bandar Seri Begawan akan
dikuatkuasakan pada hari Rabu ini, 23hb Ogos, 2017. Jalan-jalan akan
mula ditutup dan dikawal selia bermula jam 8.00 malam hingga selesai
acara latihan tersebut.
Jalan-jalan tersebut akan
mula dikawal bagi penapisan dan pelencongan bermula dari jam 8.00
malam, tertakluk kepada keadaan lalulintas pada masa itu, sehingga acara selesai.
PENUTUPAN DAN PENAPISAN
Berikut
adalah jalan-jalan utama yang akan dikawal semasa berlangsungnya
Latihan Perarakan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Menaiki Takhta :-
Kawalan akan bermula jam 8.00 malam dan kawasan yang terlibat:
1. Sepanjang Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha
2. Sepanjang Jalan Sultan Omar Ali Saifuddien
3. Jalan Haji Basir
4. Jalan Dato Taib 1
5. Jalan Padang
6. Jalan Dato Isa
7. Jalan Stoney
8. Jalan Elizabeth II
9. Jalan Pemancha
10. Jalan Kianggeh
11. Jalan Cator
12. Jalan McArthur
13. Jalan Sumbiling
Kenderaan akan ditapis dibeberapa buah kawasan sepanjang jalan yang telah dinyatakan iaitu:
1. Penutupan Jalan RIPAS Lampu Isyarat Simpang 4 (belakang Hospital RIPAS)
2. Penutupan Jalan RIPAS Lampu Isyarat Persimpang 4 Lebuhraya Sultan Hj Hassanal Bolkiah (Mahkamah Tinggi, BSB)
3. Penutupan Jalan Hj Basir Simpang 4 menghala Lampu Isyarat Simpang 3 Jalan Hj Basir (berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat, BSB)
4. Lencongan Jalan dari Jalan Dato Taib 1 menghala Jalan Padang.
5. Penutupan Jalan Dato Isa menghala Jalan Stoney.
6. Penutupan Lampu Isyarat Jalan Bendahara menghala Jalan SOAS.
7. Penutupan Lampu Isyarat Jalan Kianggeh menghala Jalan Elizabeth II (berhampiran Tepikong Cina).
8. Penutupan Jalan Pemancha menghala Jalan Kianggeh.
9. Penutupan Jalan Cator Menghala Jalan Kianggeh.
10. Penutupan Lampu Isyarat Simpang 3 Jalan McArthur menghala Jalan Kianggeh.
11. Penutupan Jalan Stoney menghala Jalan Sumbiling.
Sekali
lagi Pihak Polis ingin mengingatkan kepada orang ramai pengawalan
selia jalan menuju ke Bandar Seri Begawan pada 23hb Ogos 2017 bermula
jam 8.00 malam.
Orang ramai juga dinasihatkan
untuk mematuhi arahan anggota Polis Trafik yang bertugas serta
bertimbang rasa dan bertolak ansur dengan pengguna jalanraya yang lain. Pihak Polis juga
tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang
meletakkan kenderaan ditempat yang dilarang semasa acara latihan
berlangsung.
Disediakan Oleh:
Urusetia
Jawatankuasa Sektoral Perarakan Jubli Emas