Bandar Seri Begawan, Isnin, 21hb Ogos 2017
Jabatan Perdana Menteri ingin menasihatkan dan mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak mudah percaya apabila menerima maklumat melalui sumber-sumber tidak rasmi terutamanya melalui aplikasi media sosial seperti Whatsapp. Disamping itu, orang ramai juga turut dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak sahih dan palsu.
Sehubungan dengan itu, sebarang maklumat rasmi mengenai Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta akan dimuatnaik melalui Laman Sesawang rasmi, www.HMjubliemas.gov.bn dan melalui aplikasi Media Sosial, Facebook, Instagram & Twitter iaitu @HMjubliemas.
JABATAN PERDANA MENTERI
Bandar Seri Begawan
Negara Brunei Darussalam
28hb Zulkaedah 1438
21hb Ogos 2017