03/06/2017 - Sejumlah 117 Golden Number akan dibukakan




Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Kementerian Perhubungan melalui siaran akhbarnya ingin memaklumkan bahawa jabatan berkenaan akan mengeluarkan plat bilangan pendaftaran kenderaan abjad jubli emas khas sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta.

Jabatan berkenaan hanya akan mengeluarkan plat bilangan pendaftaran kenderaan berkenaan sebanyak 117 ‘Golden Number’ sahaja melalui proses ‘closed tender’. 

Nombor yang tidak dibida (ditender) oleh orang ramai dalam 'closed tender' nanti tidak akan ditawarkan semula ke dalam ‘open tender’ seperti yang selazimnya dibuat pada bilangan pendaftaran biasa.

Plat bilangan pendaftaran kenderaan keluaran khas ini yang akan dikeluarkan adalah Jubli Emas 1 hingga 99, Jubli Emas 100, 200, 300, 400, 500, 600, 700, 800, 900 dan Jubli Emas 111, 222, 333, 444, 555, 666, 777, 888, 999.

Tawaran dijangka akan dibukakan bermula dari Isnin, 5 Jun ini dan tarikh tutup pada Sabtu, 8 Julai, pukul 2.00 petang.

Tawaran minima adalah sebanyak BND2,000 sahaja.

Reka bentuk plat bilangan pendaftaran kenderaan adalah seperti rajah yang dilampirkan. Harga pembuatan plat bilangan pendaftaran berkenaan adalah tertakluk kepada harga yang ditetapkan oleh pembekal yang akan dilantik.
 
Selain daripada perkara-perkara di atas, syarat-syarat lain bagi keluaran bilangan pendaftaran edisi khas ini adalah mengikut seperti selazimnya yang berjalan pada masa ini.

Manage PermissionsManage Permissions
Attachments