Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki
Takhta yang akan diadakan pada tahun ini, Jawatankuasa Media, Publisiti, Pameran
dan Percetakan dengan ini memaklumkan bahawa Laman Sesawang dan Aplikasi Mudah
Alih rasmi serta akaun-akaun Media Sosial termasuk Hashtag rasmi bagi Sambutan
tersebut kini boleh mula diakses dan dilayari mulai hari ini, Rabu, 16 Ogos
2017.
Penubuhan Laman Sesawang dan Aplikasi Mudah Alih tersebut
adalah bertujuan untuk menyalurkan informasi termasuk berita terkini mengenai
Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta. Disamping itu, Laman
Sesawang dan Aplikasi Mudah Alih tersebut juga mengandungi pelbagai informasi
termasuk Kalendar Acara, poster dan penerbitan-penerbitan sempena Sambutan
Jubli Emas. Informasi-informasi ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Disamping perisian yang berinformatif, Laman Sesawang dan
Aplikasi Mudah Alih ini juga menyediakan ruang interaktif dimana orang ramai
akan dapat membuat ucapan tahniah sempena Sambutan Jubli Emas ini.
Orang ramai juga akan dapat menyaksikan majlis siaran langsung
melalui “Live Streaming” di Laman Sesawang dan Aplikasi Mudah Alih tersebut.
Orang ramai bolehlah melayari dan mengikuti:
1) Laman Sesawang - www.HMjubliemas.gov.bn
2) Facebook, Instagram & Twitter – Hmjubliemas
Orang ramai juga boleh menggunakan hashtag rasmi
iaitu #HMjubliemas dalam post akaun media sosial persendirian masing-masing.
Manakala bagi Aplikasi Mudah Alih pula, para pengguna Android sudah dapat
memuat-turun aplikasi rasmi HMjubliemas melalui Google Play. Bagi pengguna IOS
pula, aplikasi HMjubliemas akan dapat dimuat-turun melalui App Store dalam masa
yang terdekat.
JABATAN PERDANA MENTERI
Bangunan Jabatan Perdana Menteri
Bandar Seri Begawan, BA1000
Negara Brunei Darussalam
23 Zulkaedah 1438
16 Ogos 2017