Sesi pemantauan dan tasmik pertama pembacaan Al-Quran bagi para peserta Majlis Khatam Al-Quran 50 Kali sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusalam Menaiki Takhta telah diadakan di Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar pada 9 Jun 2017.
Seramai 200 peserta Khatam Al-Quran 50 Kali anjuran Majlis Perundingan Kampung Sungai Akar dan Takmir Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah iaitu 130 orang terdiri daripada peserta lelaki dan 70 peserta perempuan.
Pencatatan bacaan dan tasmik pertama dibahagikan kepada 15 halaqah dan setiap halaqah terdiri 13 - 14 peserta, sementara 45 pertasmik terdiri daripada 30 lelaki dan 15 perempuan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dari Awang Syamsul Nizam bin Haji Badar dan seterusnya bacaan ayat suci Al-Quran dibacakan beramai-ramai dari Juz 5 diketuai oleh Awang Haji Muhammad Sadullah bin Haji Salleh.
Kemudiannya tasmik perseorangan daripada bacaan masing-masing dalam setiap halaqah.
Majlis diakhiri dengan doa selepas membaca Al-Quran beramai-ramai dan Doa Allah Peliharakan Sultan oleh kumpulan halaqah kanak-kanak dan seterusnya Majlis Berbuka Puasa dan Sembahyang Maghrib Berjemaah.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto