01/06/2017 - Sambutan Jubli Emas diistiharkan Hari Kelepasan Awam




Pada menjunjung kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta dan Hari Kemuncak Perayaan Jubli Emas Baginda pada hari Khamis, 5 Oktober 2017, maka dengan ini dimaklumkan bahawa tarikh tersebut adalah diistiharkan sebagai Hari Kelepasan Awam, seperti yang dinyatakan di dalam Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 7/2017.
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments