27/02/2017 - Jubli Emas Kebawah DYMM Sambut penuh makna sejarah




Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkenan berangkat ke Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

Mesyuarat berlangsung di Bangunan Jabatan Perdana Menteri, Jalan Perdana Menteri, di sini.

Keberangkatan tiba DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, selaku Penaung Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas, dijunjung oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien selaku Ahli Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas.

Turut menjunjung keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota ialah Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohd. Nawawi bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd. Taha.

Mesyuarat didahului dengan Doa Selamat yang dibacakan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas, Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

Mesyuarat diteruskan dengan sembah alu-aluan dari Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Dalam sembah alu-aluan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, antara lain menyembahkan cadangan-cadangan yang berkaitan dengan Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Menaiki Takhta.

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota seterusnya berkenan mengurniakan sabda.

Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Tertinggi ini adalah kesinambungan dari Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas di mana mesyuarat kali ini menumpukan perbincangannya kepada cadangan acara-acara yang akan diadakan bersempena Sambutan Jubli Emas.

Manage PermissionsManage Permissions
Attachments