24/10/2017 - Penularan mesej mengenai Persembahan Bunga Api dan Perarakan Kenderaan-Kenderaan Berhias yang dikhabarkan diadakan pada 4 November 2017




Berikutan penularan mesej yang disebarkan melalui media massa dan juga WhatsApp mengenai perarakan kereta-kereta berhias yang dikhabarkan akan diadakan pada 28hb Oktober 2017 sebelah malam adalah TIDAK SAHIH dan TIDAK BENAR. Kereta-kereta berhias yang masa ini ada sebahagiannya diletakkan di Taman Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien akan terus diletakkan di taman tersebut sehingga 29hb Oktober 2017 semasa Bandarku Ceria untuk memberi peluang kepada orang ramai yang belum berkesempatan untuk melihatnya.   

Berikutan penularan mesej yang sama mengenai pertunjukan bunga api pada 4hb November 2017, adalah dimaklumkan kepada orang ramai bahawa satu pertunjukan bunga api akan diadakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.  

Sehubungan itu dipohonkan kepada orang ramai supaya tidak menularkan mesej tersebut dan menyampaikan berita yang tidak tepat. Kerjasama orang ramai juga adalah sangat-sangat dipohonkan untuk memberigakan berita yang datang dari sumber yang rasmi.   


Disediakan Oleh: 

Jawatankuasa Media dan Publisiti di bawah Jawatankuasa Sektoral Keraian Dan Acara-Acara Daerah Mukim Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta. 

04 Safar 1439 H / 24 Oktober 2017 M 
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments