21/10/2017 - MWNBD adakan Majlis Khatam Sempena Jubli Emas




Ahli-Ahli Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD)  telah   mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Sempena 50 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta yang berlangsung di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, di sini.
 
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Naib Yang Di-Pertua I, MWNBD, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsat diikuti dengan bacaan Surah-Surah Khatam dan Takhtim serta Doa Khatam Al-Quran dipimpin oleh Dayang Hajah Taibah binti Kudi dari Persatuan Kebajikan Perempuan, Daerah Belait.
 
Bacaan Doa Tahlil dibacakan oleh Dayang Noorazlina binti Haji Tamin dari Persatuan PEWAJA, sementara Dikir Marhaban diketuai oleh Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) dan BAKANITA.
 
Bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Doa Penutup dibacakan oleh Pengiran Hajah Rakiah binti Pengiran Haji Abu Bakar dari Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB).
 
Majlis tersebut merupakan suatu pesambah bagi menzahirkan rasa syukur, kasih dan ketaatan ke hadapan majlis Kebawah DYMM yang telah memimpin dan menerajui negara dengan penuh berkat dan jayanya.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments