12/10/2017 - Berangkat mengurniakan hadiah Kejohanan Polo




Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Santap dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Polo sempena Sambutan Jubli Emas baginda Menaiki Takhta dan Piala Ulang Tahun Ke-40 Persatuan Polo Diraja Brunei (RBPA).

Keberangkatan tiba Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri di Royal Berkshire, Royal Brunei Polo and Country Club, di sini dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain.

Pada majlis itu, Kebawah DYMM berkenan mengurniakan hadiah kepada Pasukan Brunei I iaitu juara Kejohanan Polo sempena Sambutan Jubli Emas baginda Menaiki Takhta.

Pasukan Brunei I disertai oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah selaku Presiden RBPA, Huzaimi bin Haji Mahari dan Lucas Fernandez.

Kebawah DYMM juga berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang-pemenang di tempat kedua iaitu Pasukan Brunei II yang disertai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar, Pablo Ceseres dan Maria-Nela Castag-Niola.

Baginda kemudian berkenan mengurniakan hadiah bagi Perlawanan Polo Ulang Tahun Ke-40 RBPA yang dijuarai oleh Pasukan Polo Selangor diikuti tempat kedua  Pasukan Polo Filipina.

Pada majlis tersebut, Kebawah DYMM juga berkenan menerima cenderamata bagi penyertaan baginda pada 'Exhibition Game' yang disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah.

Baginda juga berkenan mengurniakan cenderamata kepada Pengadil dan Umpire bagi Exhibition Game iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Berbahagia Dato' Mohamed Moiz bin J.M. Ali Moiz.

Kebawah DYMM juga berkenan menyampaikan cenderamata kepada Umpire bagi Kejohanan Polo sempena Sambutan Jubli Emas baginda Menaiki Takhta dan Perlawanan Polo Ulang Tahun Ke-40 RBPA.

Pada Majlis itu, Kebawah DYMM juga berkenan menerima pesambah dari Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah.

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen juga berkenan menerima Keahlian Kehormat yang disampaikan oleh DYTM Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj sebagai wakil Kebawah DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

Juga menerima, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah kemudian berkenan mengurniakan sabda.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja berkenan menerima junjung ziarah dan seterusnya menyaksikan pameran sejarah penglibatan kerabat diraja bagi Sukan Polo di dalam dan luar negara.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments