12/10/2017 - Forum Khas MIB dilaratkan ke Daerah Temburong




Forum Khas Melayu Islam Beraja (MIB) adalah untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap konsep MIB di negara ini.

Forum bersempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta kali ini  diadakan di Daerah Temburong yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Rataie.

Hadir selaku tetamu kehormat, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.

Forum dipengerusikan oleh Timbalan Dekan Universiti Teknologi Brunei (UTB), Awang Muhammad Al-Qusyairi bin Haji Abdul Kahar.

Tiga ahli panel terdiri daripada Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin yang membincangkan mengenai usaha-usaha kerajaan mempelbagaikan peluang meningkatkan mutu kehidupan rakyat dari pelbagai aspek serta manfaat amalan berbaik-baik dalam hubungan antarabangsa; Pensyarah MIB serta Perdagangan, UTB, Dr. Malai Yunos bin Malai Yusuf yang menyentuh mengenai Kepelbagaian peluang pendidikan awam dan swasta ke arah peningkatan kesejahteraan rakyat dan negara; dan Penolong Profesor, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Lilly Suzana binti Haji Shamsu yang memfokuskan kepada amalan doa serta kesannya dalam keharmonian beragama, bermasyarakat dan bernegara.

Forum tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Kerja Pembarigaan MIB di bawah Jawatankuasa Sektoral Media, Publisiti dan Percetakan sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia  Menaiki Takhta.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pembarigaan MIB sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Menaiki Takhta dan Pemangku Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Awang Haji Adanan bin Haji Basar, selaku Pengerusi Forum Khas MIB.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments