12/10/2017 - Berangkat menyaksikan Kejohanan Akhir Polo




Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Akhir Polo sempena Sambutan Jubli Emas baginda Menaiki Takhta yang berlangsung di Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong, di sini.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.

Berangkat menyertai kejohanan tersebut bagi Pasukan Brunei I ialah putera dan puteri Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah.

Turut berangkat menyaksikan kejohanan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Juga berangkat ialah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain.

Pada kejohanan tersebut, Pasukan Brunei I menang dengan keputusan 9 - 5 dalam empat chaka semasa menentang Pasukan Brunei II.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah menyumbangkan gol pada chaka pertama dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen pula menambah jaringan pada chaka keempat.

Sejurus selesai kejohanan akhir tersebut, Kebawah DYMM berkenan menyertai 'Exhibition Game'.

Dalam perlawanan tersebut, Kebawah DYMM berjaya mengutip tiga mata, iaitu satu melalui chaka pertama dan dua lagi melalui chaka kedua.

Kejohanan yang diadakan bermula 7 hingga 12 Oktober itu dianjurkan anjuran Persatuan Polo Diraja Brunei (RBPA). Antara pasukan-pasukan yang  menyertai kejohanan tersebut terdiri dari Malaysia, Republik Filipina, Thailand dan Negara Brunei Darussalam yang juga menandakan Ulang Tahun Ke-40 RBPA.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments