14/10/2017 - Pengisytiharan Kawasan Ruang Udara Terhad Pada 14 Oktober 2017 dan 22 Oktober 2017




Jabatan Penerbangan Awam ingin memaklumkan orang ramai bahawa sebagai langkah-langkah tambahan keselamatan bersempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, maka ruang udara di keseluruhan Daerah Brunei dan Muara adalah diisytiharkan sebagai kawasan ruang udara terhad semasa Majlis Perasmian Jambatan Sungai Kebun, Perarakan Kapal-Kapal dan Perahu-Perahu Berhias dan Pertunjukan Bunga Api pada 14 Oktober 2017, dan Majlis Perasmian Eko Koridor dan Majlis Menjunjung Kasih dan Kesyukuran Rakyat dan Penduduk pada 22 Oktober 2017.

Dengan pengisytiharan ini, hanya pesawat-pesawat yang DIBENARKAN SAHAJA termasuk dron (pesawat udara kawalan jauh) boleh beroperasi di ruang udara tersebut. Kegagalan mematuhi peraturan ini adalah menyalahi undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah Seksyen 51 Perintah Penerbangan Awam, 2006.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dalam perkara ini boleh berhubung terus dengan Ketua Bahagian Regulatori, Jabatan Penerbangan Awam, di talian +6732331065 atau +6732330142 sambungan 1110, e-mel: .

Jabatan Penerbangan Awam mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan mematuhi pengisytiharan ini.

Dikeluarkan oleh
Jabatan Penerbangan Awam
E-mel: info.dca@civil-aviation.gov.bn

23 Muharram 1439
14 Oktober 2017
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments