14/10/2017 - Majlis Perasmian Jambatan Sungai Kebun, Perarakan Kapal-Kapal Dan Perahu-Perahu Berhias Dan Pertunjukan Bunga Api Sempena Sambutan Jubli Emas KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta




Berikutan Sidang Media bagi Majlis Perasmian Jambatan Sungai Kebun, Perarakan Kapal-Kapal dan Perahu-Perahu Berhias dan Pertunjukan Bunga Api Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta yang telah diadakan pada hari Khamis 21 Muharram 1439H bersamaan 12 Oktober 2017M di Dewan Betabur Kementerian Pembangunan, sukacita dimaklumkan kepada orang ramai, Jawatankuasa Perasmian Jambatan Sungai Kebun, Perarakan Kapal-Kapal dan Perahu-Perahu Berhias dan Pertunjukan Bunga Api mengalu-alukan seluruh lapisan masyarakat, rakyat dan penduduk di negara ini untuk sama-sama memeriahkan acara tersebut yang mana akan diadakan pada 24 Muharram 1439H bersamaan 14 Oktober 2017M, pada jam 7.30 malam berhadapan Bangunan Tarindak D’Seni Bandar Seri Begawan.

Sehubungan dengan itu orang ramai dialu-alukan untuk berada di sepanjang jalan-jalan dimana perarakan kapal-kapal dan perahu-perahu berhias dan bunga api akan diadakan seperti di sepanjang Dermaga Diraja, Penurunan Jetty Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Taman Eko Koridor. Adalah juga dimaklumkan bahawa jalan-jalan di Bandar Seri Begawan akan dibukakan seperti biasa. Oleh itu diharapkan kepada kebijaksanaan orang ramai untuk menggunakan kemudahan-kemudahan letak kereta sebaik mungkin dengan mengambil kira-kira langkah-langkah keselamatan dan tidak menjejaskan laluan-laluan umum ataupun laluan kecemasan.

Untuk menyemarakkan lagi kemeriahan di Bandar Seri Begawan, beberapa kemudahan akan disediakan, diantaranya ialah permainan bouncer untuk kanak-kanak dan gerai-gerai jualan malam yang dapat dinikmati dan dikunjungi oleh orang ramai. Oleh itu diseru juga kepada orang ramai untuk menjaga kebersihan dan menggunakan tong-tong sampah yang disediakan dengan sebaiknya untuk menjaga kebersihan bandar yang kita sayangi dan juga untuk mejadikan Brunei Bersih dan Hijau.

Sebagai langkah-langkah keselamatan, adalah juga diingatkan kepada orang ramai khususnya pengguna-pengguna jalan raya dan pengguna-pengguna perahu-perahu tambang pada malam tersebut agar meningkatkan kewaspadaan keselamatan. Adalah diharapkan kepada orang ramai untuk mematuhi peraturan-peraturan yang sedia ada khususnya bagi pengguna perahu-perahu tambang yang mana diperlukan untuk menggunakan jaket keselamatan.

Sehubungan itu juga, dimaklumkan bahawa Jambatan Sungai Kebun akan ditutup sepanjang acara berkenaan untuk menempatkan alat-alat permainan bunga api untuk dipasang. Adalah diharapkan kepada orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan berkenaan untuk keselamatan bersama pada jarak 250 meter sepanjang persembahan bunga api di jalankan. Penambang-penambang perahu adalah ditekankan untuk menghindari kawasan berkenaan iaitu 250 meter dari kawasan persembahan bunga api dan tidak dibenarkan merentasi laluan bot berhias sepanjang acara tersebut dijalankan.

Oleh itu Jawatankuasa Perasmian Jambatan Sungai Kebun, Perarakan Kapal-Kapal dan Perahu-Perahu Berhias dan Pertunjukan Bunga Api mengucapkan berbanyak terima kasih diatas sokongan orang ramai, seluruh lapisan masyarakat, rakyat dan penduduk di negara ini dan juga kerjasama yang diberikan bagi sama-sama menjayakan acara yang bersejarah dan penuh gemilang ini nanti.


LALUAN PERARAKAN KAPAL-KAPAL DAN PERAHU-PERAHU BERHIAS




KAWASAN-KAWASAN ACARA




KEMUDAHAN KEMUDAHAN TEMPAT LETAK KERETA





Disediakan dan dikeluarkan oleh:

Jawatankuasa Perasmian Jambatan Sungai Kebun, Perarakan Kapal-Kapal dan Perahu-Perahu Berhias dan Pertunjukan Bunga Api Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta


Manage PermissionsManage Permissions
Attachments