10/10/2017 - Berangkat menyaksikan Kejohanan Polo




Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Polo sempena Sambutan Jubli Emas baginda Menaiki Takhta yang berlangsung di Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong, di sini.

Berangkat menyertai kejohanan tersebut bagi Pasukan Brunei I ialah putera dan puteri Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah.

Juga berangkat menyaksikan kejohanan tersebut, paduka-paduka adinda Kebawah DYMM, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

Pada kejohanan tersebut, Pasukan Brunei I menang dengan keputusan 7 - 4 dalam empat chaka semasa menentang Pasukan Kelab Polo Diraja Selangor.

Kejohanan yang diadakan bermula 7 hingga 12 Oktober itu merupakan anjuran Persatuan Polo Diraja Brunei (RBPA).

Antara pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan tersebut terdiri dari Malaysia, Republik Filipina, Thailand dan Negara Brunei Darussalam yang juga menandakan Ulang Tahun Ke-40 RBPA.

Piala bagi Jubli Emas dan Ulang Tahun Ke-40 RBPA akan menjadi rebutan bagi pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments