09/10/2017 - Penutupan jambatan penghubung menyeberangi Sungai Brunei




Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutama kepada penduduk di sekitar Mukim Lumapas, Mukim Sungai Kebun dan sekitarnya bahawa jambatan penghubung menyeberangi Sungai Brunei dari Kampung Sungai Kebun ke Jalan Residency akan ditutup pada Khamis, 12 Oktober 2017 jam 11.30 malam hingga 15 Oktober 2017 jam 11.00 pagi.

Penutupan jambatan berkenaan adalah disebabkan kerja–kerja persiapan bagi acara perasmian Jambatan Sungai Kebun, perarakan kapal–kapal dan perahu–perahu berhias dan pertunjukan bunga api yang dijadualkan pada hari Sabtu 14 Oktober 2017 jam 7.30 malam.

Demi keselamatan dan kesejahteraan bersama, orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak menggunakan jambatan tersebut dan tidak menghampiri kawasan sekitarnya ketika waktu latihan dijalankan dan sewaktu acara perasmian tersebut dilangsungkan.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto Radio Television Brunei
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments