08/10/2017 - Berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Polo




Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Polo sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta di Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong, di sini.

Berangkat menyertai kejohanan tersebut bagi Pasukan Brunei I ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Juga berangkat menyaksikan kejohanan tersebut, paduka-paduka adinda dan anakanda Kebawah DYMM, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Turut berangkat sama Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail ibni Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim.

Pada kejohanan tersebut, kedua pasukan mendapat keputusan 6 - 6 dalam empat caka.

Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah menyertai Pasukan Brunei II.

Kejohanan yang bermula dari 7 hingga 12 Oktober itu merupakan anjuran Persatuan Polo Diraja Brunei (RBPA).

Antara pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan kali ini terdiri dari negara Malaysia, Republik Filipina, Thailand dan Negara Brunei Darussalam yang juga menandakan Ulang Tahun Ke-40 RBPA.

Piala bagi Jubli Emas dan Ulang Tahun Ke-40 akan menjadi rebutan bagi pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments