06/10/2017 - Malam keempat Istiadat Berjaga-jaga




Istiadat Berjaga-jaga sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta diteruskan lagi bagi malam keempat. Istiadat Berjaga-jaga diadakan di Istana Nurul Iman.

Hadir pada istiadat tersebut ialah, Yang Amat Mulia Pengiran Laila Kanun Diraja Pengiran Haji Bahrin bin Pengiran Haji Abbas, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Manteri, Manteri-Manteri Hulubalang dan Manteri-Manteri Pendalaman, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan ketua-ketua jabatan.

Majlis penuh istiadat itu didahului dengan Awang-Awang membawa Dian Majlis dan Bintang Petian.

Bagi memberkati istiadat tersebut, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Sementara itu, di ruang lain Istana Nurul Iman, Istiadat Berjaga-jaga bagi kaum wanita dihadiri oleh isteri-isteri Menteri-Menteri Kabinet, isteri-isteri Ahli MMN, isteri-isteri Timbalan-Timbalan Menteri, isteri-isteri Pengiran-Pengiran Peranakan, Pengiran-Pengiran Peranakan, isteri-isteri Pehin-Pehin Manteri, isteri-isteri Manteri-Manteri Hulubalang dan isteri-isteri Manteri-Manteri Pendalaman, isteri-isteri Setiausaha-Setiausaha Tetap, isteri-isteri Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan isteri-isteri ketua-ketua jabatan.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments