04/10/2017 - Maharaja dan Maharani Jepun tandatangani Buku Ucapan Tahniah




Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharaja Akihito dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharani Michiko, Jepun hari ini berangkat menandatangani Buku Ucapan Tahniah (congratulatory book) sempena Perayaan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

Penandatanganan tersebut berlangsung di Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Tokyo.

Kebawah DYMM Maharaja Akihito dan Kebawah DYMM Maharani Michiko menyampaikan setinggi-tinggi ucapan tahniah kehadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena perayaan gilang-gemilang baginda 50 tahun menaiki takhta.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments