02/10/2017 - Barang Dagangan Yang Dibenarkan (Approved Merchandise) Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam




Jawatankuasa Sektoral Cenderamata Kenangan Jubli Emas sukacita memaklumkan bahawa dalam memeriahkan lagi Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, telah melantik secara rasmi agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat dan orang perseorangan untuk mengeluarkan dan menjual barang dagangan yang dibenarkan.

Kebenaran untuk mengeluarkan dan penjualan telahpun diberikan kepada agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat dan orang perseorangan seperti berikut:-

NAMA AGENSI-AGENSI KERAJAAN / SYARIKAT-SYARIKAT / ORANG PERSEORANGAN:

1. Jabatan Penjara
2. Universiti Brunei Darussalam
3. Aewon Garment & Emboidery
4. Alimen Enterprise
5. Mobitech Solution Company
6. D’Sunlit Sdn Bhd
7. Abdul Ajihis bin Haji Terawih

Oleh yang demikian orang ramai yang berhasrat untuk mendapatkan barang dagangan yang dibenarkan bolehlah melayari laman web rasmi sambutan www.HMjubliemas.gov.bn

Sehubungan dengan ini Jawatankuasa Sektoral Cenderamata Kenangan Jubli Emas ingin mengingatkan bahawa agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat dan orang perseorangan tidak dibenarkan mengeluarkan dan menjual barang dagangan tanpa kebenaran dari Jawatankuasa Sektoral Cenderamata Kenangan Sambutan.

Disediakan Oleh:
Urusetia Cenderamata Kenangan,
Jawatankuasa Kerja Tanda Kenang-Kenangan


Manage PermissionsManage Permissions
Attachments