29/09/2017 - Raptai Majlis Perasmian Jambatan Sungai Kebun




Projek Jambatan Sungai Kebun yang telah siap pembinaannya, akan dirasmikan pada 14 Oktober ini nanti.

Perasmian berkenaan mengambil sukut baik bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta yang sedang rancak dijalankan persediaannya beberapa hari kebelakangan ini.

Bagi memastikan upacara sambutan itu berjalan dengan lancar dan sempurna, raptai  telah diadakan di hadapan Tarindak D'Seni di ibu negara malam tadi.
 
Berangkat dan hadir pada raptai  tersebut ialah Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; dan Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohd. Nawawi bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd. Taha.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis tersebut di samping mematuhi peraturan jalan raya pada hari tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.


Manage PermissionsManage Permissions
Attachments