17/06/2017 - Sayembara Menambang Syair Sempena Sambutan Jubli Emas




Permohonan bagi menyertai Sayembara Menambang Syair Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta kini dibukakan.

Pertandingan ini dibukakan kepada majlis-majlis perundingan mukim dan kampung, persatuan-persatuan, pertubuhan-pertubuhan, institusi-institusi pendidikan dan peserta persendirian; dan terbahagi kepada dua (2) kategori:
1. Kategori perseorangan lelaki
2. Kategori perseorangan perempuan

Penyertaan terbuka kepada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam berumur di antara 16 hingga 40 tahun.

Borang penyertaan dan maklumat lanjut boleh diperolehi di:
Penyambut Tetamu,
Radio Televisyen Brunei,
Jalan Elizabeth II,
Bandar Seri Begawan BS8610

atau muat turun melalui www.gov.bn/SayembaraSyair

Tarikh tutup penyertaan: 21 Jun 2017
Manage PermissionsManage Permissions
Attachments