Bersempena
dengan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta dan
bagi memeriahkan lagi sambutan berkenaan, sukacita rakyat dan penduduk
negara ini supaya akan sama-sama mengibarkan bendera di rumah-rumah
kediaman masing-masing dan bangunan-bangunan pejabat dan perniagaan
mulai hari Ahad, 1 Oktober 2017 hingga hari Selasa, 31 Oktober 2017.
Dalam hubungan ini, Pengiran-Pengiran dan orang-orang
yang dikurniakan gelaran akan mengibarkan bendera masing-masing dan
bagi orang ramai pula akan mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto Radio Television Brunei