​
Jawatankuasa Media, Publisiti, Pameran dan Percetakan dengan ini memaklumkan bahawa Poster Rasmi Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta akan diedarkan kepada orang ramai mulai Khamis, 28 Zulhijjah 1438 / 21 September 2017.
Orang ramai yang berhasrat untuk mendapatkan poster berkenaan bolehlah mendapatkan dari :
Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas, BB3519, Negara Brunei Darussalam atau melalui talian telefon +673 2383400;
Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Daerah Tutong, TA1314, Negara Brunei Darussalam atau melalui talian telefon +673 4220 290;
Cawangan Penerangan Daerah Belait, Pejabat Penerangan Seria, Jalan Bolkiah, Seria, KB4333, Daerah Belait, Negara Brunei Darusslam atau melalui talian telefon +673 3224636; dan
Cawangan Penerangan Daerah Temburong, Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Daerah Temburong, Bangar, Negara Brunei Darussalam atau melalui talian telefon +673 52210342.
Poster Rasmi berkenaan juga boleh dimuat turun di laman web ini di bahagian 'Penerbitan'.