Penutupan Sebahagian Kawasan Perairan Sungai Brunei
Jawatankuasa Kerja Perasmian Jambatan Sungai Kebun, Perarakan Kapal-Kapal dan Perahu-Perahu Berhias dan Pertunjukan Bunga Api sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, sukacita memaklumkan kepada pelaut-pelaut khasnya nelayan-nelayan, pemilik-pemilik perahu tambang serta pengguna-pengguna kawasan perairan Sungai Brunei bahawa sebahagian kawasan berkenaan akan ditutup pada hari Isnin, 25 September 2017 mulai jam 7:00 malam hingga 11:00 malam.

Penutupan sebahagian kawasan perairan Sungai Brunei tersebut adalah bertujuan bagi memberi laluan kepada sesi raptai perarakan kapal-kapal dan perahu-perahu berhias yang akan mengambil tempat daripada Kampong Tamoi hingga Kampong Setia.

Oleh yang demikian, para pelaut adalah diingatkan untuk sentiasa berwaspada serta berjaga-jaga dan dinasihatkan untuk tidak menghampiri kawasan raptai tersebut dengan mematuhi arahan daripada pihak agensi keselamatan di air yang bertugas.
Manage PermissionsManage Permissions