PENUTUPAN DAN PENAPISAN
Berikut adalah beberapa jalan-jalan yang akan ditutup bagi lencongan dan seterusnya dikawal selia pada hari Ahad, 3 September 2017 bermula jam 8 malam:
1. Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha kawasan U-Turn Taman Rekreasi Persiaran
Damuan.
2. Jalan Pengiran Babu Raja simpang Jalan Permaisuara.
3. Sepanjang Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha simpang-simpang rumah kediaman.
4. Jalan Chempaka.
5. Lampu Isyarat Jalan Kubah Makam Diraja di halakan masuk ke Jalan Pehin Laksama
Abdul Razak
6. Jalan Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah di halakan naik ke Jalan Putera Al-Muhtadee
Billah.
7. Lampu Isyarat Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha simpang turun dari Lebuhraya
Sultan Hassanal Bolkiah (dekat mahkamah).
8. Lampu Isyarat Jalan Haji Basir simpang Jalan Kumbang Pasang.
9. Jalan Dato Taib simpang Jalan Padang.
10. Lampu Isyarat Jalan Tasek simpang Jalan Stoney.
11. Jalan Bendahara simpang kawasan letak kereta Jalan Bendahara.
12. Jalan Elizabeth II simpang letak kereta bangunan taib.
13. Jalan Pemancha simpang Jalan Lorong Bebatik.
14. Jalan Cator simpang Jalan lorong Jintan Manis.
15. Lampu Isyarat Jalan Kianggeh simpang Jalan Mc Arthur.
16. Lampu Isyarat Jalan Mc Arthur simpang Jalan Pretty.
17. Lampu Isyarat Jalan Masjid SOAS simpang Jalan Elizabeth II.
18. Jalan Stoney simpang Jalan Sumbiling.
Manakala jalan-jalan yang akan dikawal selia oleh anggota Polis Trafik adalah seperti berikut:
1. Sepanjang Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).
2. Sepanjang Jalan Sultan Omar Ali Saifuddien ( SOAS ).
3. Sepanjang Jalan Mc Arthur.
4. Sepanjang Jalan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien ( SOAS).
5. Sepanjang Jalan Stoney.
Pengosongan kenderaan dan tegahan untuk meletak kenderaan bermula jam 5:30
petang:
1. Sepanjang Jalan Masjid SOAS kiri dan kanan untuk kedua-kedua hala.
2. Sepanjang Jalan Mc Arthur kiri dan kanan untuk kedua-dua hala.
3. Sepanjang Jalan Kianggeh kiri dan kanan untuk kedua-dua hala.
4. Sepanjang Jalan Elizabeth II belakang pentas Diraja.
5. Sepanjang Jalan Pretty.
Sehubungan dengan itu, pihak Pasukan Polis Diraja Brunei khususnya Jabatan Siasatan
dan Kawalan lalulintas memohon kerjasama daripada orang ramai dan kepada
pengguna-pengguna Lalulintas khususnya agar dapat memberikan kerjasama dan sama-sama bertolak ansur bagi kesejahteraan semua pihak.Memberi kerjasama dan mengikut arahan Polis Trafik yang bertugas.
Pihak Pasukan Polis Diraja Brunei juga memohon kerjasama kepada pengguna-
pengguna lalulintas agar TIDAK meletakkan kenderaan di kawasan-kawasan atau
Jalan-Jalan yang telah dikenalpasti dinyatakan di atas. Andai sekiranya didapati
kenderaan-kenderaan ada diletakkan di kawasan-kawasan yang ditegah, pihak
Pasukan Polis Diraja Brunei akan mengambil tindakan untuk menarik kenderaan
tersebut bagi tujuan pemindahan dan memastikan kelancaran acara.
Untuk makluman semua, Pasukan Polis Diraja Brunei sekali lagi ingin memaklumkan
dan mengingati kepada orang ramai yang mana penutupan jalan pada 3 September
2017 bagi Raptai adalah akan bermula jam 8 malam.