Eksesais Keselamatan Bersama 29 Ogos
Eksesais itu akan dibahagikan pada dua bahagian, iaitu bahagian pertama akan diadakan pada sebelah pagi di kawasan The Empire Hotel & Country Club.

Manakala itu, bahagian kedua pula akan diadakan pada lewat malam di sepanjang Lebuhraya Tungku, di mana akan melibatkan penutupan sebahagian jalan di sepanjang lebuh raya tersebut.

Jalan di antara 'flyover' Rimba dan 'flyover' Universiti Brunei Darussalam akan mula ditutup dan dikawal selia bermula jam 10.00 malam hingga latihan selesai dijalankan.

Orang ramai yang menetap atau bertugas berdekatan kawasan eksesais dinasihatkan untuk tidak berasa cemas atau bimbang dengan pergerakan anggota-anggota keselamatan beruniform, kenderaan, pesawat udara, rondaan perairan serta bunyi letupan dan 'pyrotechnics' yang akan digunakan sepanjang eksesais berlangsung.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk mematuhi sebarang arahan anggota keselamatan yang bertugas.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kawalan Negara, Pasukan Polis Diraja Brunei melalui talian +673 2459500 sambungan 444.
Manage PermissionsManage Permissions