ATURCARA MAJLIS KESYUKURAN SEMBAHYANG FARDHU MAGHRIB &
ISYA BERJEMAAH, MEMBACA SURAH AL-WAQI’AH, SURAH
AL-MULK, TAHLIL DAN DO'A KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN
JUBLI EMAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI
BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENAIKI TAKHTA
JAME’ ‘ASR HASSANIL BOLKIAH, KAMPONG KIARONG
5.00 Petang : | Jawatankuasa dan orang ramai hadir. |
5.30 Petang : | Pembesar negara hadir. |
5.55 Petang : | Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerabat Diraja dijunjung oleh Pengerusi Bersama dan Ahli Jawatankuasa Sektoral Rancangan-Rancangan Keugamaan dan Majlis Kesyukuran Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Tahkta. |
6.11 Petang : | Azan Maghrib oleh : Yang Mulia Mudim Awang Haji Suhaili bin Haji Kalong Pegawai Masjid, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong.
: Sembahyang Fardhu Maghrib dan Sunat Hajat diimamkan oleh : Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abd. Hamid bin Bakal.
: Bacaan Surah Al-Waqi’ah, Surah Al-Mulk dan Tahlil dipimpin oleh: Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin
: Bacaan Do'a Kesyukuran oleh : Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abd. Aziz bin Juned. Mufti Kerajaan.
|
7.20 Malam : | Azan Isya’ oleh : Yang Mulia Mudim Awang Haji Abd. Latif bin Haji Saman Pegawai Masjid, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong. |
| : Sembahyang Fardhu Isya’ diimamkan oleh : Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar. |
|
: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerabat Diraja berangkat meninggalkan majlis.
: Majlis Bersurai.
|